Breaking

Wednesday 23 November 2011

" INGINKAN PASANGAN YANG KAYA "


Siapa yang tidak hendak pasangan yang kaya atau mewah dari segi kehidupannya,kadang-kadang ada orang sanggup tak khawin kerana tidak dapat pasangan yang mereka inginkan [ rugi ooo x khawin ]

Kehidupan zaman sekarang ni semuanya perlukan "kemewahaan" kos kehidupan amat tinggi sangat membebankan pada individu yang mempunyai pendapatan kecil oleh itu salah satu caranya adalah dengan mencari pasangan yang "kaya" untuk dijadikan teman hidup.

Ramai orang rasakan kehidupan orang "Kaya " amat best mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan dalam sekelip mata sahaja, contoh : memiliki rumah besar,kereta mewah dan sebagainya.

Kadang-kadang apabila seseorang itu menaiki kereta mewah yang pertama kita fikir " oh banyaknya duit dia pakai kereta besar.. berapa le agak-agaknya gaji dia" mesti banyakkan...senang hidup dia."

Memang tak dinafikan seandainya kita dan pasangan kita mempunyai pendapatan yang kecil sedikit sebanyak akan memberi tekanan pada kehidupan.."ye lah nak semua benda tak dapat hanya angan-angan sahaja yang ada difikiran"

Apabila kehidupan mengalami masalah kewangan macam-macam benda yang akan berlaku,rumah tangga yang dibina mula bergolak,sanggup melakukan apa saja untuk wang..ini yang banyak berlaku dalam masyarakat zaman sekarang.

Namun harus kita ingat segala apa yang berlaku dah ditetapkan oleh pencipta kita cuma kita hendaklah merecanakan apa yang akan kita lakukan demi masa depan kita.

Untuk pasangan yang ingin berumah tangga pastikan anda betul-betul dah besedia untuk alami kehidupan berumah tangga terima dengan seadanya pasangan anda tak kira dalam apa keadaan sekali pun "susah atau senang" hendaklah ditempuhai bersama.

No comments:

Post a Comment