Breaking

Monday, 11 September 2023

[Terkini] Terlalai seketika, " Anak ditemukan lemas, tiada lagi sibongsu tunggu ayah balik kerja " (4Gmbr)

Gua Musang : Selepas ini tiada lagi yang akan sambut saya balik kerja,kata Mohd Mazuan Mohd, 34, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini, semalam.

Mohd Mazuan, bapa kepada kanak-kanak, Muhammad Syahrul Darwish, 4, yang lem4s dalam kejadian di parit air belakang rumahnya di Felda Chiku 1.

Mohd Mazuan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu disedari apabila dia pulang dari kerja.

Katanya, kebiasaannya anak bongsu daripada dua beradik itu akan menyambutnya pulang dari tempat kerja, namun petang semalam kelibat anak lelakinya itu tidak kelihatan.

Saya tanya isteri, anak mana. Apabila diajukan soalan itu barulah kami tersedar anak bongsu tiada bersama dan kami mencari di dalam rumah.

Biasanya, arwah akan bermain bersama kakaknya. Kami mencari di dalam rumah tapi tak jumpa, naluri saya kuat mengatakan anak pergi ke parit air di tepi rumah yang dinaiki air kerana hujan lebat sebelum itu,katanya.

Katanya, m4yat anak lelakinya itu ditemukan penduduk kampung di padang bola Felda Chiku 1 yang jaraknya kira-kira empat kilometer dari rumahnya.

Dugaan ini berat buat kami sekeluarga terutama kepada isteri, namun kami perlu reda untuk menerima semua ini,katanya.

Jen4zah Muhammad Syahrul Darwish, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 1 dan 2 kira-kira jam 1.35 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di padang bola Felda Chiku 1, kira-kira jam 6.50 petang.

Mangsa ditemui kira-kira empat km dari tempat kejadian iaitu rumah mangsa dan dipercayai dihanyutkan arus deras.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian m4ngsa adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR), katanya.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment