Breaking

Saturday, 9 September 2023

[Terkini] Tak sempat sertai RXZ Member, " Emir Danial dan Luqman maut, kmalangan di LPT otw K.Terengganu (5Gmbr)

Kemaman : Kini sudah dua orang penunggang motosikal terkorban di LPT akibat kem4langan ketika dalam perjalanan untuk menyertai acara perhimpunan motosikal RXZ atau 'RXZ Member' di Kuala Terengganu.

Pada pagi Khamis seorang penunggang 125z m4ut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di Kilometer 211.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan, 22, dari Kapar, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dan semalam seorang lagi peserta program RXZ Members 5.0 m4ut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 255.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, pada Jumaat.

M4ngsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, bersama dua lagi rakan dikatakan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuantan menghala ke Gong Badak di Kuala Nerus sebelum motosikal jenis Yamaha RXZ dinaiki terbabas kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berasal dari Banting, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, dua lagi rakan mangsa, Aswade Ahmad, 36, dari Felda Kemasul, Triang, Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan sementara Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan patah tangan kiri.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar dua buah lagi motosikal yang berhenti di bahu kiri jalan menyebabkan ia terseret sejauh 37.5 meter.

"Kita dapati m4ngsa yang meninggal dunia mempunyai lesen memandu manakala dua lagi tidak mempunyai lesen memandu," katanya.

Hanyan memberitahu, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian manakala mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Kuantan,"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Al fatihah.

No comments:

Post a Comment