Breaking

Thursday, 7 September 2023

[Terkini] Tak sempat bawa Azzim bercuti, " Anak sulung maut, basikal dilanggar MPV pulang bermain " (4Gmbr)

Kuantan : Bapa kepada Muhammad Azzim Imni, 8, yang m4ut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) semalam bersyukur kerana hajat anaknya untuk berjalan ke Kelantan tertunai apabila dibawa bapa saudaranya.

Bagaimanapun, Mohd Faizal Aziz, 36 berkata, hajat membawa arw4h bercuti Sabtu ini, tidak kesampaian.

Namun, hajat membawa arw4h tidak kesampaian. Tetapi hajat arw4h berjalan ke Kelantan tertunai apabila bapa saudara membawanya kerana saya bekerja,katanya ketika ditemui di bilik m4yat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Faizal menyifatkan anak sulung daripada tiga beradik itu, seorang yang senang bergaul, berdikari dan suka bergurau.

Arw4h memang anak yang tidak suka meminta tetapi suka apabila dibawa berjalan-jalan. Arwah juga suka bergurau dengan dua adik serta keluarga terdekat.

Cuma apa yang saya perasan sejak minggu lalu, dia kurang selera makan biarpun saya ingin menyuapnya. Tetapi saya gembira kerana pada cuti persekolahan dia pergi ke Kelantan mengikut bapa saudaranya,luahnya.

Dalam kem4langan kira-kira jam 6.45 petang semalam, Muhammad Azzim meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, Faizal berkata, arwah anaknya keluar bermain bersama adiknya berusia enam tahun.

Arw4h berbasikal manakala adik berjalan kaki dan hanya bermain di depan rumah. Tetapi kawan arwah mengajak bermain di taman kira-kira 200 meter dari rumah dan ketika dalam pulang, berlaku kemalangan katanya.

Sementara itu, jen4zah murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Kampung Padang itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah, Rompin.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment