Maran : Konvoi tiga sahabat yang pulang selepas makan ikan patin Temerloh bertukar tr4gedi apabila kesemuanya m4ut setelah motosikal yang ditunggangi mereka dirempvh sebuah kereta di jalan besar Felda Jengka 17 di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kem4langan melibatkan tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Peugeot.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Fadhil Syah Sulaiman,19, Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20.
Kesemua mereka masing-masing beralamat Felda Lepar Utara 1 dan Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, beralamat Felda Jengka 17 meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kem4langan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Temerloh, manakala ketiga-tiga penunggang motosikal dari arah Temerloh menghala ke Bandar Pusat Jengka.
Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan ketiga-tiga penunggang motosikal tersebut.
Akibat pertembungan itu, kesemua penunggang men1nggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat, katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Norzamri berkata, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kem4langan berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan, katanya.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment