Breaking

Tuesday, 12 September 2023

[Terkini] Cikgu Syahir pergi jua, " Sempat bersyahadah sebelum tak sedarkan diri " (6Gmbr)

Muar : Seorang guru men1nggal dunia pada Isnin selepas bertarung ny4wa lebih 24 jam setelah terlibat kemalangan di Kampung Melayu, Panchor di sini ketika dalam perjalanan mengajar ke Sekolah Kebangsaan Kundang Ulu, Ledang pada Ahad.

Kemalangan pada jam 7 pagi itu melibatkan motosikal ditunggang m4ngsa, Ahmad Syahir Abdul Rahman, 25, dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan luka-luka di bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

"Mangsa menerima rawatan HPSF dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu kereta tersebut yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, ramai netizen di Facebook Anak-anak Muar Official melahirkan rasa sedih di atas pemergian guru muda itu.

Salah seorangnya, pemilik akaun Hanafi Mohd Taib berkata, mangsa berulang alik dari Kampung Parit Raja di sini ke sekolah tersebut untuk mengajar.

"Mengikut seorang saksi di tempat kejadian, semasa di lokasi kejadian mangsa masih sedarkan diri dan boleh menyebut kalimah syahadah dan kalimah ALLAH dengan jelas dan tidak putus-putus sehingga diangkat ke dalam ambulan," tulisnya.

Nurul Ain Othman pula menulis: "SK Kundang Ulu tak ramai gurunya, 14 orang sahaja. Dia ibarat adik bongsu kami."

Jen4zah Cikgu Syahir telah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Parit Raja Darat Jalan Dato Haji Kosai Muar, Kami semua mendoakan semoga Allah sentiasa mencucuri Rahmat keatas Rohnya .Al fatihah.

No comments:

Post a Comment