Breaking

Tuesday, 12 September 2023

[Terkini] Cikgu Akhira maut, " Mpv terbabas pulang dialisis & ambil darah, diHospital (5Gmbr)

Hulu Selangor : Perjalanan pulang seorang guru lelaki berakhir tr4gedi apabila dia m4ut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Kilometer 7.5 Jalan Pintasan Rawang (hala ke Serendah), di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari tadi, m4ngsa Cikgu Mohammad Akhira Abu Bakar berusia 39 tahun yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Beruntung 1 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, m4ngsa yang menjalani dialisis sebelum itu pergi ke Hospital Selayang untuk mengambil d4rah, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Ertiga.

Siasatan awal mendapati m4ngsa memandu seorang diri dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke rumahnya di Serendah.

Tiba di lokasi, pemandu MPV dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, ekoran kejadian itu mangsa disahkan m4ut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu, Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,katanya.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment