Kuala Lumpur : Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an, Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 2.45 pagi tadi.
Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Cucu Allahyarham, Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi Facebook.
Selamat berehat nendaku Habshah Bakar, Innalillahiwainnailaihirajiunm, aripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,tulisnya.
“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.
Jenazah Mek Habsah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 pada jam 10 pagi ini.
Urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada jam 2.30 petang ini.
Imbas kembali, selain membintangi filem dan deretan drama, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment