Sungai Petani : Seorang warga emas dan cucu lelaki berusia 2 tahun ditemui m4ut dipercayai lemas dalam sebuah kolam terbiar di Taman Kempas, di sini, lewat petang semalam.
Mangsa Azmi Bin Abdullah dan cucunya Muhammad Ziyaad Mikhail Bin Muhammad yuzarith ditemukan lemas.
Sebak luahan keluarga " Aku bukan tidak Redha Tapi aku belum bersedia hadapi ujian seberat ini Ya Allah.
Al-Fatihah untuk Ayahnda Kesayanganku Dan Anak Buah Kesayanganku Pergi Buat selama-lamanya.semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kepada Ayahndaku Tersayang Kenapa ayah tinggalkan Adik Sedangkan Adik baru merangak ingin membalas Jasa yg ayah korbankan untuk adik, Adik hilang satu doa seorang Ayah Skrg
Tapi Alhamdulillah Ayah, Anak-anak ayah semua dh berjaya berkat Hasil didikan Ayah, Terima Kasih kerana berbanting tulang untuk membesarkan kami 5beradik.Kami semua sayang Ayah.
Ayah Rehat secukupnya tau dngn Cucu kesayangan Ayah disana, Kepada Anak Buah kesayanganku Kenapa pengenalan kita terlalu singkat Adik hanya 1 tahun 7 bulan sahaja terlalu Awal adik tinggaikan Acu. Acu bukan tidak redha Tetapi terlalu Awal sangat Adik tinggaikan Acu sedangkan acu belum bersedia .
Smpai skrg terngiang-ngiang Pangilan Adik dkt ACU/ATA, Adik kena janji tau Adik jaga Wan Elok-Elok tau disana kami akan selalu ingat kenangan kita bersama☺️ tunggu kami disana juga tau.
Pada Tarikh 11/09/2023 Aku akan ingat sampai Bila-Bila, Al-Fatihah, Azmi Bin Abdullah dan Muhammad Ziyaad Mikhail Bin Muhammad yuzarith.
Sesungguhnya Allah berkehendak agar beliau berehat di negeri abadi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan di dalam orang bertaqwa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan mayat kedua-dua mangsa disedari pelanggan sebuah restoran berhampiran kolam itu,Polis katanya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 7.20 malam.
“Anggota Balai Polis Tikam Batu tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa dijumpai terapung di dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa dikeluar oleh bantuan orang awam.
“Tembual bersama waris si mati, memaklumkan kanak-kanak itu akan dibawa berjalan- jalan setiap petang oleh datuknya selepas diambil dari ibunya yang bekerja di kedai makanan di Taman Kempas,” katanya.
Hasil pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian katanya tidak menemui unsur jen4yah, M4yat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment