Breaking

Friday, 21 July 2023

[Terkini] Tak sempat buat tahlil ayah, " Pemandu ambulans dan anak maut, saga brtembung lori " (5Gmbr)

Gua Musang : Dua beranak m4ut apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori muatan kayu di Kilometer (KM) 37 Jalan Gua Musang-Jeli, petang semalam.

Dalam nahas 6.15 petang, m4ngsa Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, yang juga pemandu ambulans men1nggal dunia selepas cedera di kepala, badan dan putus tangan kanan.

Mengikut anak perempuan m4ngsa, ayahnya dan dua adik dalam perjalanan ke Dabong Kuala Krai untuk mengadakan majlis tahil atoknya ayah kepada bapanya disana.

Anaknya, Muhammad Hasbullah, 15, yang berada di tempat duduk penumpang belakang, juga m4ut di tempat kejadian.

Seorang lagi anak m4ngsa, Muhamad Huzaifah, 18, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera di dada dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati m4ngsa bersama dua anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Jeli.

Sebaik tiba di lokasi kejadian di mana keadaan jalan yang sedikit berselekoh, kereta Proton Saga dipandu m4ngsa masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan kayu.

Akibat pertembungan itu, pemandu kereta dan anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang m4ut di tempat kejadian.

Anaknya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera di dada dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan manakala pemandu lori tidak cedera, katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment