Batu Gajah: Gambar status WhatsApp arwah ayah bersarapan semalam adalah yang terakhir kami boleh lihat selepas ini bagi melepaskan rindu, luah Mohd Ikman Hafifi Mohd Ramddan, anak kepada Mohd Ramddan Abd Rahim dan Kisdalliana Saad yang maut dalam kejadian kemalangan di KM 3.5 Jalan Gopeng-Kota Bharu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang semalam, Mohd Ramddan, 44, dan isterinya, Kisdalliana, 43, m4ut di tempat kejadian manakala ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan, 7, parah di kepala semasa dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli untuk anak sulung mereka yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
Mohd Ikman Hafifi, 17, berkata, dia mendapat tahu berita mengenai kejadian terbabit daripada ibu saudaranya kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika berada di rumah mereka di Kampung Serkai Jadi, Tronoh, di sini.
![]() |
Gambar Ramddan bersama isteri, anak sulung, anak bongsu serta ibunya |
Beberapa minit selepas itu, kakak sulung yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng (Nur Fatin Syafikah Mohd Ramddan, 18) menelefon dan beritahu bahawa ayah dan mak sudah meninggal dunia.
Perasaan ketika itu sangat terkejut dan tak percaya, saya tak terfikir akan kehilangan kedua-dua mereka serentak dengan cara begini.
Terasa masih terdengar lagi suara mereka kali terakhir kami rancak berbual malam kelmarin semasa mengemas barang-barang kakak sulung sebagai persiapan masuk kolej, kata anak kedua dari empat beradik itu sayu.
![]() |
Disebabkan suami isteri ini tiada lesen masa kemalangan kereta dipandu ibu. |
Katanya, neneknya memang akan memandu kereta apabila membawa keluarganya ke mana-mana kerana ibu bapanya tidak mempunyai lesen kereta.
Mohd Ramddan bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah menengah di Menglembu, manakala Kisdalliana bekerja di sebuah kilang keropok berdekatan rumah mereka.
![]() |
Anak ke 2 dan ke 3 pasangan suami isteri itu. |
Mohd Ikman Hafifi berkata tiada sebarang perubahan sikap yang ditunjukkan ibu bapanya melainkan membenarkan dia berhenti sekolah sejak September tahun lepas untuk bekerja di kilang pemprosesan tempat sama ibunya bekerja.
Pagi semalam sebelum bertolak, mak pesan kepada saya supaya tengok-tengokkan adik (Mohd Aiman Daniel) yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tronoh, minta saya hantar dan jemput adik dari sekolah,katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.
Sementara itu, adik bongsu kepada Mohd Ramddan, Mohd Azlan Abd Rahim, 37, berkata dia akan mengambil tugas menjaga keempat-empat anak saudaranya selepas ini.
![]() |
Jenazah suami isteri selamat dikebumikan di Tronoh. |
Hadir melawat keluarga terbabit, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed, pengurusan Kolej Matrikulasi Perak serta guru SMK Tronoh.
Salbiah ketika ditemui berkata beliau akan memanjangkan keperluan anak-anak pasangan berkenaan yang masih belajar ke perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jenazah Mohd Ramddan dan Kisdalliana dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkai Jadi, Tronoh di sini jam 11.45 pagi tadi.
Difahamkan, Noraini sudah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan masih dalam pemantauan pihak hospital.
Anak sulung pasangan itu yang baru berdaftar di Kolej Matrikulasi Perak, Nur Fatin Syafikah pagi ini turut berada di HRPB bagi menguruskan pembedahan adik bongsu, Nur Fatihah Najihah yang parah di kepala.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment