Kemaman : Selepas dua hari tiada sebarang petunjuk baharu dalam operasi mencari dan menyelamat m4ngsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, m4yat m4ngsa kesembilan berjaya ditemukan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, m4yat dipercayai lelaki itu ditemui pada pukul 9.20 pagi.
M4yat m4ngsa ditemui terdampar di beting pasir oleh pasukan penyelamat pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Selepas dua jam, usaha membawa keluar m4yat m4ngsa berjaya dilakukan. Bagaimanapun, kita belum pasti identiti dan jantina sebenar m4ngsa, namun percaya m4yat itu mungkin lelaki, katanya di Balai Air Putih, di sini hari ini.
Muhammad Fikri Saliman, 24 yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, yang dijumpai Selasa lalu merupakan salah satu daripada dua m4ngsa tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang.
Hanyan berkata, m4yat m4ngsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kosmo semalam, melaporkan abang Muhammad Fikri, Shahrizal, 40, melaungkan azan di lokasi kejadian sebagai ikhtiar memudahkan proses baki dua mangsa.
Terdahulu, sembilan sekeluarga dihanyutkan kepala air sewaktu berkhemah di Jeram Mawar pada Sabtu lalu.
Setakat ini, lapan mayat mangsa iaitu Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka telah ditemui dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang pada Selasa dan Rabu.
Seorang lagi m4ngsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin, 14, yang merupakan anak ketiga pasangan Azizah dan Karim.
Jen4zah Allahyarham Mohamad Fikri bin Saliman mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar Kemaman telah ditemui , mungkin esok jenazah akan dibawa pulang ke rumah Pt Kuda .Al fatihah.
No comments:
Post a Comment