Breaking

Wednesday, 5 July 2023

[Terkini] Allah panggil balik sebab sayang, " Allah tak nak abg susah didunia dgn ujian hidup " (4Gmbr)

Gombak : Seorang lelaki m4ut selepas dilanggar sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 13, Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Ampang, di sini semalam.

Sebak tulis ibu saudara, Assalamualaikum, mohon bantuan sesiapa yg ada info/rakaman dri dashcam boleh sh4re dgn saya utk kami dapatkn info tentang kemalangan ini.

Arwah meninggal ditempat kejadian dan kami hnya dapt panggilan dri pihak polis utk ke hospital. Info dri pihak polis kejadian melibatkan 3 kenderaan, anak buah saya sebiji kereta dan treler katanya.

Ada saksi yg nampk kereta tukar laluan secara tiba tiba dan melanggar ank buah saya, arw4h terjatuh dan dil4nggar pula treler.

kejadian sebenar kami memang tak tahu harap ada yang sudi berkongsi info degan kami terima kasih saya ucapkan, arwah menetap di lakeview Apartment.

Kasih sayang ibu buat abang dunia akhirat moga kita berjumpa lagi disana nanti, ibu mohon yang terbaik buat abang disana dengan bidadari syurga yang Allah janjikan.

Abang anak yang sangat baik buat mama dan ayah, Allah panggil abang balik sebab Allah sayang, Allah tak nak abang susah didunia degan ujian hidup, Allah nak abang dekat denganNya.

Alhamdulillah dIpermudahkan urusannya sempurna jen4zahnya, pengebumian pukul 8.30 di Tanah perkuburan Templer, Al Fatihah buat kesayangn saya Muhammad Daniel Iskandar bin Mohd Fauzi - Aslam Mya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes, sebuah lori treler dan sebuah motosikal.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang Muhammad Daniel Iskandar Mohd Fauzi,20, berada lorong tengah dari arah Batu Caves menghala Ampang.

Apabila sampai di tempat kejadian, telah datang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dari lorong paling kanan.

Pemandu tersebut dipercayai telah mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, akibat daripada kemalangan itu, m4ngsa telah terseret bersama motosikalnya ke lorong kiri dan telah dilanggar oleh sebuah lori.

Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ketika berada di lorong kiri jalan, ujarnya.

Ariffin berkata, m4ngsa yang mengalami keceder4an p4rah di bahagian kepala dan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang keceder4an dan m4yat m4ngsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kem4langan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222, katanya.

Jen4zah selamat dikebumikan selepas isyak malam tadi di Tanah Perkuburan Taman Saujana Templer.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment