Kuala Terengganu : Pemergian mengejut Ustaz Mohd Shukri Ismail,57, guru SMAASZA Kuala Terengganu akibat sakit yang dideritainya mengejutkan keluarga tambahan anak sulungnya Nur Farah Melissa Mohd. Shukri, 18, akan mengambil keputusannya SPM.
Namun ini lah yang terpaksa Nur Farah Melissa terima dia merupakan salah seorang calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat terkilan tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan bapanya yang men1nggal dunia semalam sebelum keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini.
Nur Farah Melissa berkata, bapanya, Ustaz Mohd Shukri menghembuskan nafas terakhir ekoran komplikasi buah p1nggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 7 malam semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah itu berkata, dia yang memperoleh 8A dan 2C hanya ditemani adik lelakinya, Muhammad Asyraf Daniel, 17, sewaktu mengambil slip peperiksaan tersebut.
Saya berada di sisi ayah sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir malam tadi,katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Nur Farah Melissa berkata, sebelum ini, bapanya berjanji mahu menemaninya mengambil slip keputusan SPM namun hajat itu tidak kesampaian.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, bapanya yang merupakan guru Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini banyak memberi dorongan untuknya mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Saya berniat mendedikasikan keputusan SPM ini kepada arw4h ayah dan ibu, Wan Zubaidah Wan Ahmad, 44.
Berbekalkan keputusan SPM ini, saya berjanji akan menunaikan amanah arwah ayah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan hingga ke luar negara, katanya.
Semoga Nur Farah dan ibunya Cikgu Wan Zubaidah taabah kehilangan abah dan suami tersayang yang pergi dijemput ilahi disaat dirinya ingin kongsikan kegembiraan.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment