Breaking

Saturday, 24 June 2023

[Terkini] Semalam Nur Faqihah johan merentas desa, " Hari ini dia, abang dan adik berlari ke syurga " (5Gmbr)

Pekan : Salah seorang dari 3 beradik yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Benta - Lamir semalam adalah murid Sk Langgar Pekan.

Nik Nur Faqihah, murid tahun 5 baru menjuarai johan merentas desa sekolahnya dalam acara itu yang berlangsung semalam.

Sungguh tak sanga motosikal ditunggang dia abang dan adiknya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan ketiga tiga mereka meninggal dunia dengan tragis.

Sebak luahan cikgu " Hari semalam kau johan berlari merentas desa, Hari ini kau bersama abang dan adikmu berlari ke syurga, damailahkamu anak syurga " .

Dalam kejadian 12.30 tengah hari tadi di Kilometer 7 Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar, Pekan, Pahang, mangsa, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15 tahun, serta dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11 tahun, dan Nik Ikram Nuqman, 5 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Ketua Polis daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu MPV bersama enam penumpang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan. 

Manakala, penunggang motosikal pula dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke Kampung Langgar. 

Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai telah terbabas masuk ke laluan bertentangan kemudian bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan.

Akibat kemalangan itu juga, pemandu MPV mengalami kecederaan di tangan sebelah kiri, seorang penumpang mengalami sakit tangan dan seorang lagi penumpang yang merupakan warga emas kini sedang menerima rawatan di Hospital Pekan.  

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat,Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, semoga keluarga tabah kehilangan 3 anak sekaligus.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment