Tampin : Saya akui sangat sebak dan hiba ketika mengangkat m4yat rakan baik yang m4ut dalam kem4langan di Jalan Palong-Pasir Besar, pada jam 11.30 pagi tadi, kata wartawan sambilan TV3, Ezzuan Ahmad.
Ezzuan, 43, berkata kem4langan itu berlaku ketika dia bersama 13 rakannya termasuk m4ngsa, Roslee Mustaffa, 56, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z1000SX sedang dalam perjalanan ke Melaka bagi menghadiri program minggu motosikal.
Katanya, dia bersama rakannya itu bergerak dari Kemaman, Terengganu pada jam 8 pagi tadi.
Ketika kami berhenti rehat di Muadzam Shah, Pahang, saya lihat arwah lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini, malah kali ini arw4h di depan mendahului penunggang lain.
Kebiasaannya apabila berkonvoi, arw4h akan berada dalam barisan tengah atau belakang, namun kali ini dia mahu berada di hadapan seolah-olah mahu mengetuai konvoi, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ezzuan berkata, biarpun perasaannya sedih ketika mengangkat m4yat rakannya itu untuk dihantar ke Hospital Tampin bagi bedah siasat, dia tetap mahu melakukannya atas dasar persahabatan.
Kami sudah lama mengenali dan hubungan kami rapat bagaikan adik-beradik dalam kumpulan pemotoran ini.
Sebagai wartawan, sebelum ini kita melaporkan kejadian yang menimpa orang lain kepada masyarakat, namun kali ini tidak sangka saya berdepan situasi membabitkan sahabat sendiri, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kemalangan pada jam 11.30 pagi tadi, membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori, dua motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki dan sebuah Proton X70.
Katanya, hasil siasatan mendapati dua motosikal ditunggang dua lelaki dari arah bertentangan memasuki laluan lori muatan ayam dan sebuah daripada motosikal berkenaan mel4nggar lori itu.
Sebuah lagi motosikal yang berada di belakang sempat mengelak, namun melanggar Proton X70 yang berada di belakang lori.
Akibat kem4langan itu, Roslee mengalami keceder4an dan men1nggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang satu lagi motosikal p4rah.
M4ngsa yang p4rah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ), manakala m4ngsa yang m4ut dihantar ke Hospital Tampin untuk bed4h siasat, katanya.
Anuwal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semoga keluarga arw4h tabah, minat arw4h pada motosikal kuasa tinggi hinggakhir hayat arw4h Abg Roslee merupakan salam seorang ahli Kelab ARC Kemaman.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment