Breaking

Saturday, 17 June 2023

[Terkini] Ajal Haji Mus sedirian kaku dibilik, " Pesara guru ditemui 5 hari sudah meninggal dunia " (5Gmbr)

Kemaman : Kerisauan seorang lelaki sesuatu buruk mungkin berlaku terhadap rakannya menjadi kenyataan apabila pesara guru tersebut ditemukan mati di rumahnya di Taman Chukai di sini awal pagi tadi.

Mayat Mustafa Abdul Ghani,67, ditemui m4ti dalam bilik tidurnya oleh anggota polis pada pukul 12 tengah malam dan dipercayai telah meninggal dunia lebih lima hari lalu.

Rakan mangsa, Mohamad Sabrin Hassan, 50, berkata, dia berasa curiga selepas Mustafa gagal dihubungi sejak minggu lalu.

Dukacita dapat berita kem4tian kawan yang selalu berjumpa, bermain bowling bersama sama. Orang yang lama sangat dlm arena bowling di Kuantan khususnya.

Takziah atas pemergian Tn Hj Mustafa Abdul Ghani (HM7)mengadap Ilahi. Semoga Haji d tempatkn di kalangan ahli Syurga & hamba Allah yang Soleh - Abdul Khalil Abdul Razak.

“Biasanya dia akan menjawab setiap panggilan dan mesej. Saya dan seorang rakan lain yang tidak sedap hati telah pergi ke rumahnya untuk menjenguk.

“Sebaik tiba, kami mendapati lampu rumahnya menyala namun pintu rumah berkunci dan dia juga tidak menjawab sahutan,” katanya kepada Kosmo di sini hari ini.

Mohamad Sabrin berkata, sebelum gagal dihubungi kira-kira seminggu lalu, Mustafa pernah mengaku kurang sihat dan demam.Al fatihah.

No comments:

Post a Comment