Gua Musang : Biasanya suami akan pulang antara jam 9 atau 10 pagi tapi semalam dia tidak pulang-pulang,kata Siti Aminah Awang Mat, 33.
Siti Aminah tidak menyangka suaminya, Abdullah Che Nah, 35, yang selalunya menepati waktu pulang selepas keluar rumah untuk mencari madu lebah, kembali dengan cara berbeza.
Saya bersama seorang anak perempuan menanti kepulangan arw4h seperti biasa kerana kebiasaannya dia akan pulang sekitar 9 atau 10 pagi dan selalu menepati janjinya (waktu).
Ketika dimaklumkan oleh adiknya mengenai kejadian yang menimpa suami kira-kira 1 pagi, saya tak percaya sehinggalah saya melihat sendiri jen4zahnya di Hospital Gua Musang.
Saya reda dan menganggap ini adalah ujian untuk kami dua beranak, katanya ketika ditemui di rumah keluarga arw4h di Kampung Jelekang, Bertam Lama di sini, hari ini.
Abdullah men1nggal dunia selepas terjatuh dari pokok tualang pada ketinggian 30 meter ketika mencari madu lebah dekat kawasan hutan di Kampung Meranto di sini, tengah malam semalam.
Menurut ibu kepada Nur Zahra Humaira, 8, itu, arw4h suaminya berkelakuan seperti biasa dan keluar untuk mencari madu lebah selepas solat Maghrib Isnin lalu.
Sementara itu, bapa arw4h, Che Nah Wachae, 65, pula berkata, dia tidak menyangka anak ketiga daripada sembilan adik beradik menemui ajal ketika mencari madu tualang.
Katanya, arw4h mempunyai kepakaran mencari madu sejak berumur 15 tahun.
Arw4h sudah mahir memanjat pokok tualang hampir 20 tahun dan menjadi antara punca rezekinya dalam menyara keluarga.
Arw4h sangat rajin mencari rezeki untuk keluarganya apabila turut melakukan kerja kampung seperti mengambil upah memanjat pokok kelapa.
Saya rasa sedih dengan pemergian arw4h, namun mencari madu tualang sumber pendapatan kami dan akan meneruskan pekerjaan ini, katanya.Al fatihah.
No comments:
Post a Comment