Breaking

Monday, 12 May 2014

[ info ] Punca banjir kilat di Mekah di kenal pasti !

MEKAH - Banjir kilat yang berlaku di Mekah Khamis lalu, berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kota suci ini yang mewujudkan aliran baharu air sehingga mengakibatkan paras air naik mendadak.

Pengarah Urusan Projek Banjir Majlis Perbandaran Mekah, Ahmad Abdullah Al-Zaid berkata, projek pembinaan yang dijalankan mengakibatkan air mengalir dari beberapa lembah dan pergunungan berdekatan.

Katanya, hujan lebat turut menyebabkan paras air naik mendadak sekali gus menyaksikan banyak kenderaan serta premis-premis tenggelam dalam masa singkat.

"Sebanyak 50 peratus daripada purata taburan hujan tahunan di antara 80 hingga 100 milimeter dilaporkan turun dalam tempoh masa dua jam baru-baru ini," katanya dalam laporan portal berita arabnews.com.

Tambahnya, pengumpulan air dari beberapa lembah berdekatan dan kawasan pembinaan di pergunungan terdekat turut menyumbang kepada peningkatan kadar pengaliran air yang menyebabkan banjir.

"Kerja-kerja pembinaan di jalan Kementerian Pengangkutan ke Madinah mewujudkan aliran baharu banjir yang turut mengubah perjalanan pengaliran air. Gabenor Mekah telah mengarahkan sisa pembinaan dan air yang bertakung dialih serta dilencongkan segera," kata Al-Zaid.

Pegawai Perbandaran Mekah, Osama Al-Zaytouni, semalam berkata, pihak perbandaran telah bekerja siang dan malam untuk kerja pemulihan dan pembaikan sejak kelmarin.

"Kami telah mengarahkan seramai 3,920 kakitangan dibantu 140 jentera membersihkan jalan dan memulihkan semula pergerakan jalan raya," katanya. Credit Utusan Online 


1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete