Breaking

Sunday, 18 May 2014

[ Gambar ] Jennifer Lawrence primadona muda kesayangan Hollywood !

Dia masih muda, jelita dan berjaya. Dialah Jennifer Lawrence, buah hati Hollywood yang telah menembusi peta filem dunia menerusi judul-judul box-office dan trofi gah Oscar yang sudah dua kali jatuh ke genggamannya.
Pada usia 23 tahun, aktres kelahiran Kentucky, Amerika Syarikat ini memiliki segala-galanya. Dia menjadi artis berprofil tinggi namun, Jennifer yang kini dimanjai dengan panggilan J. Law itu mudah dirundung dilema.
Gelaran Wanita Paling Seksi di Dunia hasil pengiktirafan majalah terkemuka, FHM tidak menjadikan bintang yang terkenal menerusi karakter Katniss dalam The Hunger Games itu mudah lupa diri. Dia sedar suatu masa nanti penonton akan bosan dengannya. Baginya, populariti tidak akan kekal selama-lamanya.
"Saya percaya, tidak ada orang akan kekal disayangi dan disenangi. Saya mahu tunggu dan lihat. Lama-lama nanti, khalayak akan muak dengan saya," katanya.
"Saya berasal dari Kentucky dan sepatutnya menjadi seorang yang peramah serta selesa bertentang mata dengan khalayak.
"Tetapi, sekarang saya banyak menundukkan wajah, contohnya semasa sedang menikmati makan malam, apabila seorang demi seorang datang meminta untuk merakamkan gambar bersama saya, saya rasa terganggu.
"Pada ketika itu, saya mula merasakan tidak boleh berterusan mendepani situasi begitu," katanya semasa ditemu bual secara eksklusif untuk terbitan majalah Marie Claire keluaran Jun.
Tidak lahir di kota metropolitan, gadis dari Louisville itu meraih tajuk utama dunia apabila dilaungkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Academy ke-85 menerusi filem Silver Linings Playbook. Pada usia 22 tahun, dia menewaskan pelakon yang lebih senior seperti Jessica Chastain yang bertanding atas tiket filem Zero Dark Thirty, Emmanuelle Riva (Amour) dan Naomi Watts (The Impossible).
Kali pertama terjatuh akibat memakai gaun yang dikatakan terlalu berat, kemunculan Jennifer pada Anugerah Academy ke-87 sekali menarik perhatian dunia. Bukan sahaja atas pencalonan dan kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, tetapi kerana dia terjatuh lagi. Kosmo !

No comments:

Post a Comment