Filem sekuel The Amazing Spider-Man, sememangnya amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh peminat komik Marvel, bahkan peminat siri adiwira itu.
Seperti filem-filem Spiderman yang pernah ditayangkan sebelum ini, filem The Amazing Spider-Man 2 masih lagi mengekalkan jalan cerita berdasarkan komik asal dan tidak lari dari cerita sebenar.
Kali ini menceritakan kehidupan Peter Parker yang terpaksa berlawan dengan konflik jiwa kerana terpaksa menjauhkan diri daripada Gwen Stacy selepas berjanji dengan bapa wanita itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Konflik bermula apabila Max yang begitu obses dengan Spiderman terkena renjatan elektrik dan jatuh ke dalam tangki belut listrik sewaktu membaiki kerosakan yang berlaku di makmal tempat kerjanya.

Fokus percintaan
Tidak hanya padat dengan aksi, konflik juga menyelubungi Parker kali ini mengenai percintaannya dengan Gwen.
Apatah lagi, mereka yang saling mencintai perlu melupakan antara satu sama lain kerana Parker terikat dengan janjinya terhadap mendiang ayah Gwen manakala Gwen berhasrat berpindah ke England kerana mahu melanjutkan pelajaran ke Oxford.
Bahkan di sebalik pertarungan dengan Elektro dan mengawal keinginan kawan baiknya, Parker harus sama berusaha mendapatkan Gwen sebelum dia meninggalkan.

Lakonan mantap
Sementara itu, lakonan Garfield juga dilihat lebih berkesan kali ini, lebih-lebih melibatkan babak romantik dan sedih bersama Stone.
Apatah lagi seperti diketahui umum, Garfield dan Stone sememangnya bercinta di luar set penggambaran membuatkan ada beberapa babak kelihatan lebih real dan tidak di buat-buat.
Kehadiran Fox dan DeHaan juga banyak membantu memantapkan lagi jalan cerita membuatkan durasi cerita yang melebihi dua jam tidak terasa bosan.

The Amazing Spider-Man 2
PENGARAH : Marc Webb
PELAKON : Andrew Garfield, Emma Stone, Shailene Woodley, Dane DeHaan, Jamie Foxx, Sam Clafin.
GENRE : Aksi/Pengembaraan
DURASI : 2jam 22minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 01 Mei 2014
KESELURUHAN : * * * * * GERENTI NAK TONTON LAGI!

Bagi mengetahui apakah yang berlaku kepada Parker lebih-lebih dalam kemalangan melibatkan kekasihnya dan nasib Harry, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.
No comments:
Post a Comment