Punca AirAsia enggan pindah ke KLIA2- AirAsia berkata ia tidak akan berpindah ke lapangan terbang baharu bernilai RM4 bilion itu sehingga keadaan-keadaan tertentu dipenuhi.
LCCT akan menamatkan operasinya pada 9 Mei, dengan kerajaan memindahkan semua agensi relevan seperti Imigresen dan Kastam ke lapangan terbang tambang rendah baharu, KLIA2.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dijangka dipanggil oleh panel parlimen tidak lama lagi yang mahu mendengar pandangannya tentang KLIA2.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, saya tidak boleh komen dulu, kita akan lihat pada hari itu ( 9 mei ) mengenai keputusan AirAsia dan AirAsia X untuk terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang walaupun selepas 9 Mei.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata semalam walaupun AirAsia dan AirAsia X bersedia untuk berpindah ke lapangan terbang baharu tersebut, perpindahan itu hanya akan dibuat selepas semua isu-isu diselesaikan.
Beliau berkata hasil kajian Ikram Premier Consultings tentang kesediaan KLIA2 menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan berkaitan.
Aireen berkata demikian sebagai maklum balas kepada pengumuman terdahulu Abdul Aziz bahawa LCCT akan ditutup menjelang 9 Mei 2014 bagi memudahkan pembukaan KLIA2.
Mengenai perkembangan lain, Pengurus Besar Kanan MAHB (Perkhidmatan Operasi) Datuk Azmi Murad berkata KLIA2 akan beroperasi mengikut jadual. Credit malaysiakini
oh ya dah nak tutup dah lcct kan?
ReplyDelete