KUALA LUMPUR, 8 Mac - Kelantan merampas tempat teratas carta Liga Super daripada Terengganu selepas menambah koleksi tiga mata penuh hasil kejayaan mengalahkan Lions XII dengan jaringan 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Sabtu.
Pasukan 'The Red Warriors' itu kini mengumpul 12 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
Pasukan tuan rumah bermula garang apabila berjaya membuka jaringan sulung menerusi penyerang berbisanya Khairul Amri pada minit ke-26.
Kegembiran pasukan Lions XII tidak berkekalan apabila Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Forkey Doe mengesah kemenangan Kelantan pada minit ke-90.
Johor Darul Ta'zim yang sebelum ini menduduki tangga keenam, juga membaiki kedudukan dengan berada di tempat kedua carta liga selepas mengumpul 10 mata hasil kejayaan mengalahkan Sime Darby 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Johor Darul Ta'zim membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma yang dilakukan oleh Luciano Figueroa sebelum Norshahrul Idlan Talaha mengesahkan kemenangan pada minit ke-31.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pasukan Pahang berpesta gol selepas membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-1.
Gol pasukan Tok Gajah dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada minit ke-14, Dickson Nwakaeme (minit ke-17 dan 50) dan Mohd Faizol Hussain (minit ke-32), manakala gol saguhati ATM disumbangkan oleh Juan Manuel Arostegui pada minit ke 67.
Perak pula mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Selangor PKNS di Stadium Perak, Ipoh.
Perak terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Eliel Da Cruz Guardino seawal minit keenam sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan pada minit ke-39. BERNAMA

No comments:
Post a Comment