Breaking

Sunday, 16 March 2014

[ info ] #PRAY4MH370 : Tidak wajar Kapten Zaharie di heret dalam isu politik !

Media barat kini berlumba-lumba mengheret Juruterbang Pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah kedalam kancah politik di negara ini, melalui paparan muka hadapan akhbar The Mail keluaran 16 Mac 2014 telah menyiarkan berita mengenai kecenderungan politik Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai satu kemungkinan punca berlaku rampasan pesawat MH370.

Melalui artikel bertajuk “Doomed Airliner Pilot Was Political Fanatic”, mendedahkan bahawa Kapten Zaharie merupakan penyokong ‘Obsesif’ ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ,kehilangan pesawat itu pula berlaku selepas keputusan kontroversi kes Mahkamah yang tidak memihak kepada Dato Seri Anwar dimana Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun.
Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa berkata, Zaharie merupakan ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.
Beliau ahli seumur hidup malah turut membantu kita ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, katanya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini, Ahad.
Bagaimanapun Sivarasa menolak sebarang laporan yang mengaitkan kehilangan MH370 dengan parti itu.
Beliau mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong ‘obsesif ‘ kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sivarasa bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
Saya boleh katakan bahawa beliau tiada di mahkamah, kalau beliau hadir…sudah pasti saya tahu, katanya.
Mengulas lanjut Sivarasa turut menolak laporan akhbar harian tersebut yang mendakwa Zaharie adalah penyokong fanatik PKR.
Laporan ini salah sama sekali, beliau hanya ahli biasa sama seperti ahli-ahli lain, tidak adil nak mengatakan beliau penyokong fanatik PKR, katanya.
Admin bersetuju dengan apa yang di luahkan oleh Ahli Parlimen Subang itu , agak tidak wajar mengaitkan Kapten Zaharie dalam isu politik walapun beliau adalah penyokong setia satu-satu parti politik itu, biar lah pihak yang berwajid menyiasat perkara sebenar apa yang berlaku. Credit TT 

1 comment: