Breaking

Saturday, 1 March 2014

[ info ] Mereka yang belum dapat BR1M jangan risau - Datuk Ahmad Maslan !

KUALA LUMPUR-Masalah kira-kira dua juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang belum mendapat bantuan itu dijangka diselesaikan bulan march, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, masalah itu timbul berikutan tempoh memproses kira-kira lapan juta permohonan yang berjaya terlalu singkat iaitu dari tarikh tutup permohonan pada 31 Januari lepas hingga tarikh dilancarkan pada 22 Feb lalu.
Datuk Ahmad Maslan 
Kira-kira enam juta permohonan berjaya diselesaikan pada 22 Februari lepas iaitu bagi pemohon awal yang terdahulu menyertakan nombor akaun mereka dan secara berperingkat bermula 23 Februari lepas bagi yang tidak mempunyai nombor akaun.

Saya berharap penerima BR1M 3.0 bersabar dan kami akan cuba menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya bulan Mac," katanya dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu dan Dialog Ekonomi Gabungan Rakyat (Dengar) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai maklum balas orang ramai berkenaan kelewatan penerimaan BR1M 3.0 oleh sebahagian penerima. - BERNAMA

1 comment: