Debaran menjelang kemuncak pentas akhir Super Spontan 2013 kian terasa yang bakal bersiaran secara langsung di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani jam 10 malam ini.
![]() |
Jep Sepah2 sendang mendahuluai undian dengan 50 % |
Jika dilihat pada undian terkini di Super Spontan 2013, Jep menerima undian paling tinggi dengan 50% diikuti Johan 24%, Yus 9%, Nabil 8%, Tauke 7% dan Rahim 1%. Ditambah pula kejayaan Jep memenangi Anugerah Artis Lawak Lelaki Paling Popular dalam Anugerah Lawak Warna 2013 baru-baru ini menerusi undian para peminat.
Namun kehebatan lima peserta yang lain tidak boleh dipertikaikan terutamanya Johan, Tauke dan Rahim yang sebelum ini pernah menyertai Super Spontan edisi 2011. Mereka pasti punya pengalaman dan akan menggunakan peluang sebaik yang mungkin untuk bangkit di pentas akhir Super Spontan 2013.
Jom sama-sama kita saksikan Final Super Spontan 2013 hanya di Astro Warna 132 dan Astro Mustika HD 134.
salam kejayaan selalu..
ReplyDelete