KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.
"Saya bangga dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini,” kata Datuk Seri Najib menerusi tweet terbaharunya sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam tamat dengan keputusan 1-0.
Najib, yang berasal dari Pahang, adalah Anggota Parlimen Pekan.
Dalam tweet yang sama, Najib turut mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan. "Cuba lagi tahun depan,” katanya. , Tahniah PAHANG .
Suka benor PM kita.
ReplyDeleteTahniah Tok Gajah....moga kerajaan tambah subsidi untuk kita...hihihi
ReplyDelete