Breaking

Friday, 25 October 2013

[ Terkini ] Bajet 2014 - Antara senarai pembentangan Bajet 2014 !

Antara  perkara yang termasuk dalam Bajet 2014 , yang di bentangkan oleh Perdana Menteri. 

* BR1M dinaikkan kepada RM650, RM300.

Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM650 daripada RM500 bagi individu yang dibayar gaji RM3,000 dan ke bawah sebulan, manakala bujang akan menerima kenaikan bayaran kepada RM300 daripada RM250 sebelum ini.


*  Kakitangan awam terima bonus setengah bulan gaji, minimum RM500.

Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji iaitu minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari depan kepada kakitangan awam. 


*  Bajet 2014: Kerajaan peruntuk RM1.9 bilion bina rumah mampu milik.

Kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion pada tahun 2013 untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara yang dikendalikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan Jabatan Perumahan Negara. 

Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, daripada jumlah itu, PR1MA menerima RM500 juta untuk membina 50,000 rumah di lokasi utama di seluruh negara dan RM300 juta lagi bagi membina 30,000 rumah dengan kerjasama pemaju perumahan swasta. 

*  Pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan mulai 2014. 

pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa Pemotongan Cukai Berjadual dianggap cukai muktamad.

*  Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan.

Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, 

Beliau berkata, sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa pada permulaan sesi persekolahan awal tahun.

*  Subsidi gula dimansuhkan berkuatkuasa esok [ Gula Naik Harga Mulai esok ]


Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.

Ini adalah antara yang tersenarai yang di umum kan Perdana Menteri sebentar tadi,yang terkini akan di update dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment