![]() |
Mustafa (Kiri Sekali ) |
“Yang Arif, saya reda mempunyai anak seperti ini dan reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam permohonannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun supaya memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran terhadap tindakannya mengabaikan nafkah terhadap ibu bapa serta dua anaknya yang dipelihara Mustafa.
![]() |
Nasrun (tutup kepala ) |
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya tiga tahun lalu.
Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.
Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, Mustafa menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof terpaksa memfailkan saman dan waran tangkap terhadap anaknya selepas Nasrun enggan dan gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk membayar tuntutan nafkah ibu bapa dan dua anaknya berjumlah RM18,866.50.
Terdahulu, pada prosiding semalam, Nasrun yang kini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak memberi alasan tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.
blogwalking.....salam kenal.
ReplyDeletebegitulah ceritanya....satu pengajaran buat semua.
ReplyDelete