Breaking

Sunday, 6 October 2013

Pemain ke12 rahsia kejayaan Kelantan - Nadwa Peminat tegar TRW !

Nadwa  ( Tengah ) meraikan Kejayaan TRW di Kota Bharu malam tadi .
KOTA BHARU 06 OKT - Jika anda adalah salah seorang penyokong tegar bolasepak , anda pasti akan berkorban apa sahaja untuk pasukan bolasepak anda ,  berkorban dari segi masa,wang ringgit demi minat dan keinginan anda.

Itu lah yang di tunjukan oleh Peminat setia bolasepak Kelantan Nadwa Mohd Razi , beliau sentiasa mengikuti perkembangan pasukan bolsepak kesayangan nya iaitu The Red Warriors Malaysia .

Walaupun seorang wanita tidak sedikit pun membataskan beliau untuk bersama-sama pasukan kesayangnya di mana sahaja pasukan kesayangan nya beraksi .

Beliau juga turut  terlibat dalam kelab peminat Bola sepak Kelantan dalam membantu pasukan mengumpul peminat-peminat setia di laman sosial bagi mengukuhkan sokongan peminat setia pada pasukan bolasepak  kesayangan.

Nadwa kecewa selepas TRW tewas di Larkin sabtu lalu .
Walaupun kalah sokong padu tetap di berikan oleh Nadwa , kadang kala kekecewaan muncul selepas pasukan kesayangan tewas , namun ini tidak mematahkan Semangat Nadwa untuk terus menyokong pasukan kesayangannya .

Malam tadi adalah detik manis untuk Nadwa selepas pasukan kesayangan berjaya layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 .

Pasukan Kelantan berjaya layak keseparuh akhir dengan Agereget 8-5 setelah menundukkan lawannya Johor Darul Takzim 6-1 di pusingan ke dua Suku Akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi di Kota Bharu  , setelah mereka tewas 2-4 di Larkin sabtu lalu.

Tahniah untuk Nadwa dan semua peminat setia bolasepak Kelantan , anda adalah pemain ke12 dalam menaikkan semangat pasukan bolasepak  kesayangan anda .

2 comments:

  1. yup bro .. utk games mlm tadi mmg terbaik , jdt pun best cuma mgkin kurang pengalaman sikit .

    ReplyDelete