Breaking

Thursday, 3 October 2013

KL Gangster 2 dah kumpul kutipan RM700,000 !


Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis, termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000 manakala tiga hari tayangan awal mendapat RM500,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.

1 comment: