Breaking

Friday, 18 October 2013

Gambar tunang Diana Amir mereka di jangka Nikah 25 Oktober ini !

Diana Amir mengesahkan yang beliau akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman.
Seorang peminat hiburan membawa perkhabaran yang Diana Amir bakal bernikah pada 25 Oktober 2013 namun tidak mahu menghebahkan perkara ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dipastikan
Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya
Diana Amir dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dan khabarnya pasangan ini akan berpindah ke Syria selepas berkahwin kelak.
Namun pelakon ini tidak pula memberikan tarikh sebenar bilakah majlis pernikahan beliau akan berlangsung dan hanya mengatakan ianya akan berlangsung pada Oktober ini.

2 comments:

  1. hensem. sesuai dengan diana yang ayu tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...bro sam,

    doakan moga mereka berbahagia hingga akhir hayat ... amin

    mselim3

    ReplyDelete