Ustaz Azhar Idrus telah berlakon filem yang bertajuk " Ustaz Mu Tunggu Aku Datang " dalam filem ini Ustaz di gandingkan dengan Kumpulan Shiro yang di anggotai oleh Ajak dan Shahrol .
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu lakonan Shahrol Shiro yang tidak mempunyai hala tuju hidup , sering di buang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup .
Dadu tinggal serumah dengan Muiz lakonan Ajak Shiro yang bergantung hidup pada Dadu , sedangkan Dadu juga penggangur , kehidupan mereka penuh terpesong tidak pernah solat .
Suatu hari mereka mula berubah apabila melihat kawan mereka telah berubah setelah mengikuti ceramah seorang Ustaz , Dadu dan Muiz berpakat untuk kembali kepangkal jalan namun keinginan mereka dihalang dengan bermacam-macam dugaan ... untuk ketahuai kisah selanjutnya temuai Ustaz Mu Tunggu Aku Datang di pawagan Hujung November 2013 nanti edaran MIG - Online
Macam bagus juga ni, boleh tgk nanti
ReplyDelete