Dalam usia baru 22 tahun, Nik Shahrul Azim Abdul Halim menegaskan dia masih dahagakan kejayaan walaupun sudah mengecapi banyak kejayaan.
Sebagai pemain dia menegaskan tidak boleh cepat berpuas hati sekali pun sudah meraih banyak kejayaan bersama pasukan negeri dan perlawanan akhir malam esok merupakan perasaan berbeza buatnya dengan berkata,
"Di sini saya bermain untuk negara, saya berasa amat berbangga."
Malam esok pertahanan kelahiran Rantau Panjang ini dijangkakan akan memainkan peranan penting.
Nik Shahrul pernah membantu skuad Harimau Muda memenangi Piala SCTV di Indonesia tahun lalu dan untuk final Pestabola Merdeka 2013 ini dan dia sudah berkira-kira untuk menjulang trofi itu.

"Saya sudah bersedia untuk final ini.
"Untuk memenangi perlawanan akhir nanti saya perlu menampilkan aksi terbaik untuk menjulang piala ini."
Walaupun dilihat sedikit gugup di awal kejohanan, tambah Nik Shahrul keyakinannya semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Kejohanan ini banyak pengalaman yang saya kutip kerana saya jarang menyertai mereka. Tetapi berlatih bersama Fadhli Shas di peringkat senior sedikit sebanyak membantu saya. - Arena

No comments:
Post a Comment