PONTIAN : Tiada yang lebih memilukan buat seorang bapa apabila dia sendiri menyebabkan anak bongsu kesayangannya berusia dua tahun mati akibat digilis treler yang dipandunya malam tadi,kejadian tragis itu berlaku di Taman Megah di sini, kira-kira pukul 9 malam, semasa Aznizam Mohd. Jahis, 33, baru hendak keluar bekerja ke Johor Bahru.
Menurut Aznizam, kebiasaannya anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Muhamad Rifaie Aiman, 2, hanya melambai-lambai tangan apabila dia hendak keluar bekerja,tetapi malam tadi, dia begitu beria-ia hendak ikut saya sehinggakan terpaksa dua kali hantarnya ke rumah yang terletak di aras bawah rumah pangsa.
Saya sangka selepas itu,anak saya masuk dalam rumah tetapi tanpa disedari saya, isteri dan anak-anak lain, dia mengekori saya semula ke tempat letak kereta sebelum terlanggar mangsa,tiada yang lebih memilukan apabila mendengar suaranya mengerang kesakitan ketika dikejarkan ke hospital," katanya sebak semasa ditemui di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Parit Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut Aznizam yang masih terkejut dengan kejadian kerana begitu rapat dengan Muhamad Rifaie Aiman, anaknya itu disahkan meninggal dunia beberapa jam semasa menerima rawatan di Hospital Pontian.
Ibu mangsa, Ruzi Ramli, 32, berkata, kebelakangan ini, anaknya itu menunjukkan sikap yang aneh kerana gemar merakam gambar sendiri menggunakan telefon bimbit dan tidak menyangka menjadi petanda dia akan kehilangan Muhamad Rifaie Aiman.
"Saya tidak sangka perkara ini, menjadi petanda Aiman akan meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, namun saya reda," katanya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa kira-kira pukul 1 pagi,bapa kanak-kanak tersebut tidak menyangka melanggar anaknya ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru.
Bapa mangsa merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan,katanya sambil memberitahu mangsa disahkan meninggal dunia pukul 11.15 malam. - Al-fatihah
No comments:
Post a Comment