Breaking

Thursday, 17 May 2012

Keretapi The Red Warriors Express - Tumpat ke Bukit Jalil



Satu lagi revolusi baru untuk peminat The Red Warriors dalam sama -sama memeriahkan Final Piala FA 2012 , inilah dia " The Red Warriors Express ".

Keretapi yang diberi nama The Red Warriors Express ini disediakan khas oleh Kelab peminat bolasepak  Kelantan dengan package tambang menarik yang akan berlepas dari stesen Tumpat untuk ke Bukit Jalil sempena Final Piala Fa 2012.

Ini dalam membantu para peminat dari Kelantan yang ingin ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan Final Piala Fa pada 19 mei nanti ,berbagai acara menarik disediakan semasa dalam perjalanan menaiki kereta api tersebut .

Keretapi akan berlepas pada 18.05.2012 pukul 10 malam di Stesen Tumpat seterusnya ke Stesen lain . Selamat berlepas semoga perjalanan selamat sampai di Bukit Jalil.

Credit Photo : Ery Studio -facebook

No comments:

Post a Comment