Majlis angkat nikah mereka berlangsung di Masjid Kristal, Kuala Terangganu lebih kurang pukul 10 pagi tadi,dengan dua kali lafaz Ally sah bergelar suami kepada Farah Lee,mereka berdua dinikahkan oleh jurunikah kampung Atas Tol, Kuala Terangganu iaitu Mohd Abu Bakar.
Pihak lelaki memberi mas khawin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan antaranya terdiri daripada Al-Quran,sebentuk cincin,telekung dan sejadah.Pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya baju melayu ,cincin dan jubah.
Majlis mereka meriah dengan kehadiran saudara mara kedua-dua belah pihak serta sehabat handai.Selamat Pengantin Baru untuk Ally dan Farah semoga kekal bahagia hingga akhir hayat . Amin.
* Credit info :www.rotikaya.com ,www.ohbulan.com,mstar.com.my
No comments:
Post a Comment